1 DESIGN KAD KAHWIN TIKET KAPAL TERBANG | BOARDING PASS

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kepada semua pelawat-pelawat blog kami. 

Kami di Mosumart Design sedang mendesign 1 (satu) lagi kad kahwin 'pelik' iaitu kad kahwin tiket kapal terbang atau ada juga orang panggil kad kahwin boarding pass.

kad-kahwin-tiket-kapal-terbang

Design kad kahwin ni diadaptasi dari tiket penerbangan kelas ekonomi MAS dengan warna hijau di bahagian atasnya. Mengenai jenis kertas atau material, kami gunakan Art Card 260gsm, agak tebal sedikit untuk memberi hasil yang tepat. Penggunaan warna penuh (4C) mencantikkan lagi kad kahwin ni. 

Kad kahwin ini datang dengan sampul berpotongan separuh kad untuk memberikan impak / effect yang sama dengan tiket kapal terbang.

kad-kahwin-tiket-kapal-terbang

Tempahan boleh dibuat dengan mengemelkan kepada mosumart@gmail.com dengan subjek: TEMPAHAN KAD KAHWIN TIKET KAPAL TERBANG [KUANTITI].

Kepada yang ingin menempah, kami menerima tempahan minimum 500 keping sahaja. Kuantiti di bawah dari jumlah ini tidak diterima.

Sekian terima kasih.

Supian Mustapa

Ditulis oleh

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Terbaik..smart design..

Tanpa Nama berkata...

utk 1000pcs brp ye?

Tanpa Nama berkata...

harga plz